SEPTEMBER 2024

Premier Hadiri Sambutan Hari Malaysia 2024 Di Sabah


KOTA KINABALU, 16 Sept: Sambutan Hari Malaysia 2024 di sini malam ini dimeriahkan dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

Sambutan di Padang Merdeka Kota Kinabalu itu dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Majlis turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.